SEKITAR MAJLIS DAN PROGRAM YB DATUK SEBAGAI AHLI MAJLIS.

•21 January 2010 • Leave a Comment

Continue reading ‘SEKITAR MAJLIS DAN PROGRAM YB DATUK SEBAGAI AHLI MAJLIS.’

Salam Ramadhan

•25 August 2009 • Leave a Comment

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN………

Selamat Menyambut Ramadhan Dari Saya..

 

Datuk Yahya Bin Jaafar

( Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru – Zon Majidee )

– Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor bahru

•29 July 2009 • Leave a Comment
IMG_2712 IMG_2717

PROGRAM PEMBANGUNAN KEJIRANAN LESTARI
KAMPONG DATO SULAIMAN MENTERI
“SEMINAR PEMBASMIAN KEMISKINAN”

Anjuran :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor
Dan
Majlis Bandaraya Johor Bahru

Pada : 26hb Julai 2009
Bertempat : Hotel Grand Paragon, Johor Bahru

MESYUARAT AGUNG KALI KE 4 & PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG

•30 June 2009 • Leave a Comment

MESYUARAT AGUNG KALI KE 4 & PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG

img_1335 img_1353

Dirasmikan Oleh : YB Dato’ Shahrir Bin Abdul Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru)

Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Sekolah Agama Datuk Sulaiman Menteri Johor Bahru

PROGRAM KITAR SEMULA BERSAMA KOMUNITI RUMAH PANGSA TAMAN SRI STULANG

•30 June 2009 • Leave a Comment

Program anjuran Local Agenda 21 MBJB dan Southern West (SWM) Anjuran Bersama Persatuan Penduduk Taman Sri Stulang ini yang di rasmikan oleh Dato` Shahrir Bin Abdul Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru berkata.

Dari segi kebersihan barangan terpakai yang boleh di kitar semula, Yb Dato`  juga mengambil berat tentang kebersihan dan kecantikan sungai di kawasan tersebut, Yb Dato`  juga sempat menanam pokok di sekitar kawasan taman sri stulang dan seterusnya menuju ke sungai untuk melihat sendiri,

Turut hadir juga Yb Tuan Haji Adam Bin Sumiru, Hajah Salmah Binti Safar serta beberapa lg tetamu yang hadir.

“ALAM SEKITAR BERKUALITI UNTUK KEHIDUPAN SEJAHTERA”

Tinjauan Di Kawasan Permasalahan Di KDSM

•18 June 2009 • Leave a Comment

Image004 Image005

Beberapa permasaalah yang di hadapi penduduk sekitar Kampung Dato Sulaiman Menteri ( KDSM ) mendapat perhatian Dato Yahya Jaafar selaku Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru yang melakukan lawatan dan tinjaun ke kawasan yang bermasaalah terutamanya pada peparitan,

Yb Datuk juga membuat tinjauan bersama-sama wakil dari Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk melihat dan mengenal pasti kawasan tersebut.

Cara begini, penduduk dapat mengenal lebih dekat Ahli Majlis Zon Majidee yang baru dan juga dapat meluahkan permasaalah yang timbul untuk bersama-sama turun membantu dan menyelesaikan permasaalahan.

PESANAN DATO’ SHAHRIR KEPADA AHLI MAJLIS MEWAKILI PARLIMEN JOHOR BAHRU

•16 June 2009 • Leave a Comment
Sembilan orang Ahlimajlis Majlis Bandaraya Johor Bahru yang mewakili Parlimen Johor Bahru telah mengangkat sumpah pada 6 Mei yang lalu.

Mereka yang mewakili UMNO adalah Hajah Salmah Saffar, Khalid Mohamad, Azman Dawam, Dato’ Yahya Jaafar dan Mohd Sunawan Hj Md Som sementara MCA diwakili oleh Tan Lian, Ang Boon Heng, Wong Kwee Eng dan Ng Puay Wah.

Parti MIC Johor Bahru mempunyai kuota seorang Ahlimajlis, namun Kerajaan Negeri masih belum membuat perlantikan.

Pengerusi Barisan Nasional Johor Bahru, YB Dato’ Shahrir Samad berkesempatan menemui Ahlimajlis dari Parlimen Johor Bahru di Hotel Mutiara pada hari semalam.

Dalam pertemuan tersebut, beliau berharap Ahlimajlis dapat memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dalam satu pasukan yang saling bantu membantu. Mereka hendaklah berkerja tidak sahaja dalam kawasan masing-masing, sebaliknya membantu rakan-rakan lainnya menyelesaikan sebarang perkara berbangkit.

Keutamaan menyelesaikan masalah rakyat hendaklah diutamakan tanpa mengira agama dan ras yang mencerminkan kesungguhan bekerja membantu rakyat.

Dato’ Shahrir juga berharap dapat menemui semua Ahlimajlis dalam mesyuarat bulanan yang akan membincangkan pelbagai perkara kepentingan warga bandaraya terutama di dalam Parlimen Johor Bahru.